Masuk Kampung Budaya Sarawak naik RM85


KUCHING: Kampung Budaya Sarawak (SCV) akan menaikkan kadar bayaran masuk mulai 1 Januari 2020. Kadar baharu untuk golongan berusia 13 tahun ke atas ialah RM85.

Manakala bagi kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun ialah RM50. Harga RM10 tambahan akan dikenakan untuk kemasukan khas termasuk untuk makan tengah hari. Kadar sebelum ini ialah RM60 untuk orang dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.


Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Tam, SCV adalah di bawah kendalian Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan Kampung Budaya Sarawak meningkatkan bayaran masuk tersebut. 

Karim berkata bayaran masuk tersebut harus mempunyai dua peringkat dimana satu peringkat adalah dikenakan kepada orang tempatan manakala satu lagi peringkat dikenakan kepada warga asing. 

"Kita harus memberi keutamaan kepada warga tempatan dan mereka tidak seharusnya dikenakan bayaran yang tinggi.
 
"Begitu juga dengan muzium yang akan dibuka pada masa akan datang, kami akan menggunakan sistem bayaran dua peringkat dimana ia bersifat adil dan Eropah juga melaksanakan sistem yang sama," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel