Tiga rogol budak 13 tahun dicekup

MIRI: Tiga suspek remaja dicekup dipercayai terlibat dalam kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dari sebuah rumah panjang di Sungai Mawang Teniku, Miri.
Suspek yang berusia 16 hingga 19 tahun ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret semalam.
Suspek susulan laporan dibuat ibu mangsa menjurus penangkapan suspek oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesakan tangkapan ketiga-tiga suspek.
Ketiga-tiga suspek yang ditahan reman akan disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol berkumpulan.
Jika didapati bersalah, mereka yang melakukan rogol berkumpulan boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
Sebelum ini Sarawak Update melaporkan kanak-kanak berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol tiga remaja berusia 16 hingga 19 tahun di sebuah ladang di Sungai Teniku Jalan Miri - Bintulu.

Sebelum kejadian kanak-kanak yang baharu menginjak usia remaja tersebut, dibawa keluar salah seorang teman 'geng motosikal' untuk keluar malam sebelum 'dikenduri' pada malam Khamis lalu.
Difahamkan mangsa malang tersebut diajak keluar temannya menuju ke ladang.
Sebaik tiba di ladang sawit, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, malah gadis sunti tersebut didakwa dirogol bergilir-gilir.
LihatTutupKomentar
Cancel