Tunggu dulu… masih belum selamat
SRI AMAN: Masih belum selamat untuk didiami. Lebih 50 penghuni Rh Agal, Kampung Panggil terpaksa terus tinggal di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan SMK Melugu buat sementara waktu.
Penduduk yang mendiami 11 pintu rumah panjang tersebut dipindahkan baru-baru ini ekoran berlaku masalah tanah runtuh di kawasan belakang rumah panjang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar (PA ) Ismail Mahedin berkata, kerja pembersihan membuang tanah susur serta membuat cerun di belakang bukit rumah panjang masih dijalankan.
"Keadaan masih belum selamat. Apabila hujan, air akan masuk ke dalam rumah kerana parit belakang masih dipenuhi dengan tanah,” katanya.
Penduduk dijangka kembali sebaik sahaja kediaman mereka benar-benar selamat diduduki.