Warga India kesap ketika kapak korek pasir berlabuh



SIBU: Seorang kelasi kapal dikhuatiri terjatuh dari kapal korek pasir di sungai Batang Lebaan, di sini, pagi tadi. Laporan polis dibuat pada jam 8.25 pagi tadi, apabila mangsa Venkatesh Sumanth berusia 21 tahun berasal dari Periapatna India tidak kelihatan ketika kapal sedang berlabuh.

“Kali terakhir pekerja lain melihat mangsa adalah pada 10 malam pada Sabtu lalu. Pada masa itu, dia masih berada di kapal.

“Saya tidak tahu ke mana dia pergi kerana dia tidak memaklumkan kepada saya ataupun pekerja-pekerja yang lain,” kata penyelia kapal.

Komander Operasi, PB Rambor Udam berkata, sepasukan anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) seramai empat anggota bergerak ke lokasi kejadian dengan menaiki bot penyelamat untuk mencari mangsa.
LihatTutupKomentar
Cancel