16 kes Polio di Filipina, 3 kes Sabah

KUCHING: Kerajaan Filipina telah mengumumkan empat kes terbaharu penyakit Polio yang dikesan di negara itu.
Salah satu daripada kes baharu itu berlaku di Manila. Ini menjadikan keseluruhan 16 kes Polio.

Tiga kes Polio telah disahkan di Sabah setakat ini dan kesemua virus Polio ada persamaan genetik kes Polio di Filipina.
Kerajaan Filipina pada September 2019 telah mengisytiharkan negara itu sedang dilanda wabak Polio.

Kementerian Kesihatan Malaysia dakam Kenyataan berkata, bagi memastikan Polio tidak merebak ke Malaysia, KKM telah melaksanakan Kempen Imunisasi Polio Sabah bermula 27 Dis 2019 selepas kes pertama polio dikesan pada 6 Dis 2019, iaitu kes pertama selepas 27 tahun negara kita bebas Polio.

Kempen Imunisasi Polio Sabah telah diadakan di tiga lokasi iaitu Tuaran, Penempatan Telipok dan Pulau Gaya. Setakat ini, hampir 7,000 kanak-kanak bawah 5 tahun telah diberi imunisasi Polio (OPV) tanpa mengira warganegara.
LihatTutupKomentar
Cancel