20 negara terjejas,mesyuarat isytihar darurat hari ini

KUCHING: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan semula mesyuarat Jawatankuasa Darurat (EC) bagi membincangkan wabak novel coronavirus di China termasuk menasihatkan pertubuhan antarabangsa itu keperluan mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC).

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanam menerusi Twitter menjelaskan mesyuarat itu dijangka diadakan hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu selepas mengambil kira peningkatan kes melebihi 7,000 di China dan telah menular di 20 negara seluruh dunia.

"Ia juga kerana terdapat tiga kes di luar negara China jangkitan daripada manusia ke manusia," katanya.

Dr Tedros juga mengaku WHO kesal dengan kesilapan pada laporan awal penilaian risiko global yang menarafkan wabak itu sebagai 'sederhana'.

Sambil mengakui kesilapan penarafan itu sebagai kesilapan manusia, WHO kini memandang wabak itu sebagai 'berisiko tinggi', kata Dr Tedros lagi.

WHO beroperasi 24 jam 7 hari seminggu bagi menghadapi wabak ini dan memberi bantuan teknikal, nasihat dan berkongsi data serta maklumat semasa dengan negara-negara anggota termasuk Malaysia, katanya.

Kira-kira seminggu lalu, WHO menyatakan terlalu awal untuk mengisytiharkan PHEIC kerana wabak itu hanya berlaku di China dan hanya menular di beberapa negara lain di dunia.

Keputusan WHO itu juga diputuskan berdasarkan tiada bukti virus merebak daripada kepada manusia, ketika itu.

Bagaimanapun, WHO akan mengkaji perkara itu dari semasa ke semasa. Keputusan WHO itu mendapat kecaman masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan media berpengaruh.

Jika PHEIC atau darurat kesihatan diumumkan, WHO boleh mengeluarkan larangan atau sekatan untuk ke negara terbabit dan negara yang dijangkiti, sekatan perjalanan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, jika dirasa perlu.
LihatTutupKomentar
Cancel