2,000 durian percuma di program Sarawakku Sayang, Jaga Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 12 Jan : Sebanyak 2,000 biji durian dari Simunjan akan dimakan orang ramai secara percuma di pesta makan durian sempena Program Sarawakku Sayang, Jaga Sarawak. Intu Sarawak di dataran terbuka bersebelahan Dewan Suarah Samarahan, di sini, esok.

Pegawai Jabatan Pertanian Sarawak, Napi Mohd berkata durian terbabit akan mula diagihkan kepada orang ramai selepas sahaja Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selesai merasmikan program berkenaan, esok.

"Hari ini sebanyak 1,500 biji durian dari Tarat akan dihabiskan orang ramai dalam pesta ini, manakala esok selepas perasmian program pula akan sebanyak 2,000 biji dari Simunjan,"katanya selepas menghadiri pembukaan pesta itu bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Jaul Samion hari ini.

Napi berkata pesta makan durian dinamakan"Lan Kito Makan Durian Lok" terbabit dianjurkan secara kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian Sarawak dan pihaknya berharap orang ramai makan hingga habis semua durian di tapak program dan tidak membawanya pulang.

"Esok kami juga akan membawa peralatan khas bagi membuka kulit durian sekiranya ada buah terbabit yang tidak dapat dibuka kulitnya dengan tangan,"katanya.

Tinjauan hari ini mendapati orang ramai berpusu-pusu berkumpul di tapak pesta bersebelahan Dapur Samarahan program terbabit sebaik sahaja 1,500 biji durian dari Tarat yang dibawa dengan sebuah lori mula diagihkan kepada orang ramai.

Pelbagai gelagat orang ramai cuba membuka kulit durian terbabit di tapak pesta samada mengunakan tangan, kunci atau memijak buah dengan kaki serta ada setelah gagal membuka kulit buah terbabit terus membawanya pulang.
tamat


keterangan gambar:

1. Lori yang membawa 1,500 durian dari Tarat ketika pesta makan durian di Program Sarawakku Sayang, Jaga Sarawak.Intu Sarawak. 

2. Orang ramai mengunakan kunci bagi membuka kulit durian ketika pesta makan durian di Program Sarawakku Sayang. Jaga Sarawak.Intu Sarawak. 

3. Orang ramai cuba membuka dengan tangan buah durian dari Tarat ketika pesta makan durian di Program Sarawakku Sayang. Jaga Sarawak.Intu Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel