Tumpuan pembangunan di luar bandar, Abang Jo
"Ada juga tempat (di luar bandar) belum ada (bekalan elektrik dan air) kerana masih dalam proses, 2025 kita harap semua tempat ini kita ada elektrik dan air yang dirawat,"katanya ketika menghadiri Perhimpunan Marhaban Perdana dan Kenduri Rakyat di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.
Abang Johari berkata Ketika ini kerajaan negeri sedang giat membuat kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dan air ke kawasan terbabit bagi mencapai sasaran berkenaan dalam tempoh lima tahun lagi.
"Kita (kerajaan negeri) memberi peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi menaikataraf taraf bekalan elektrik dan air di semua kawasan terbabit,"katanya.
Katanya secara kebetulan esok juga beliau akan cukup tiga tahun dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dan merasa yakin dapat terus membangunkan negeri ini dengan sokongan semua rakyat.
"Walaupun kita tidak sealiran dengan Putra Jaya di Kuala Lumpur, kita sendiri, tetapi negeri kita tersusun, kewangan kita baik, orang syarikat antarabangsa juga memuji kita menguruskan dana dan pembangunan kita berjalan terus,"katanya.
Katanya ini termasuk pembangunan di kawasan Samarahan dengan kerajaan negeri juga memberikan sebanyak RM1.5 bilion kepada bagi pembangunan kawasan terbabit termasuk projek pembinaan benteng sehingga ke Sebuyau.
TAMAT
keterangan gambar:
1. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (empat dari kiri) menyampaikan sijil kepada guru zikir di Perhimpunan Marhaban Perdana dan Kenduri Rakyat, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.
2. Sebahagian dari 1,200 ahli kumpulan zikir tempatan yang menghadiri Perhimpunan Marhaban Perdana dan Kenduri Rakyat, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.