10 orang terhumban tepi gaung


PADAWAN: Seramai 10 terhumban ke dalam gaung dalam insiden kemalangan di Jalan  Puncak Borneo petang tadi.

Kenderaan pacuan empat roda  dipercayai terbabas serta terjun ke dalam gaung sedalam 15 kaki. 

Bomba menerima panggilan pada jam 1.15 petang.

Pihak  polis memohon khidmat bomba bagi mengeluarkan mangsa kemalangan kendiri  yang membawa 10 orang termasuk pemandu.

Empat orang mangsa dimaklumkan masih berada di bawah gaung dalam kenderaan masih tersepit. 
Ketua Operasi melaporkan setiba pihak pasukan bomba di lokasi tempat kejadian didapati empat mangsa yang dikatakan tersepit telah berjaya keluar sendiri menunggu pihak pasukan penyelamat bagi mengeluarkan kesemua mangsa. 

"Kesemua empat mangsa dewasa terdiri tiga lelaki dan seoramg perempuan masih dalam keadaan sedar telah berjaya dinaikkan ke atas mengunakan peralatan pengusung serta ditarik menggunakan kaedah tali penyelamat oleh pihak bomba seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan Ambulans (KKM).
"Manakala enam mangsa lagi dimaklumkan oleh Ketua operasi hanya mengalamai cedera ringan," katanya.

Seorang mangsa telah dibawa oleh Unit EMRS dibawa untuk dihantar ke hospital. - GagoDaily
LihatTutupKomentar
Cancel