Pusat urut '2 in 1' Miri diserbu
MIRI: Lima tukang urut dipercayai menawarkan perkhidmatan urut dan seks ditahan malam tadi.
Serbuan Ops Noda dilakukan ke atas premis pusat urut di Jalan Bendahara tersebut untuk tujuan pemeriksaan kegiatan persundalan.
Lima yang ditahan wanita berusia dalam lingkungan 41 hingga 49 tahun dan kesemuanya warga asing dari China.
Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri tersebut turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai penjaga premis tersebut.
Turut dirampas lesen perniagaan, buku resit dan beberapa keping passport.
Semua yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut mngikut Seksyen 372(A), Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan, Seksyen 55(B), Seksyen 372(B)Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan serbuan tersebut.