Viral Tayar Kena Paku
Semua tahu, berbohong itu salah namun adakalanya cuba bohong juga untuk selamatkan diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, kisah wanita ini menjadi viral selepas dia hantar gambar kenapa dia lewat untuk datang kerja baru-baru ini.
Rakan sekerjanya, Sydney Whitson, kemudian berkongsi kisah itu hingga viral dalam media sosial.
"Saya nak semua orang berhenti apa yang dibuat dan ZOOM pada paku dalam gambar dihantar wanita itu kepada bos," katanya dalam akaun Twitter.
Terdahulu, wanita itu menelefon pejabat dan menyatakan keretanya rosak (seperti biasa dilakukan kita 😅). Katanya tayar tercucuk paku menyebabkan ia pancit.
Bagi menyokong dakwaannya, dia kemudian menghantar gambar tayarnya yang tercucuk paku kepada bosnya namun masalah pula melanda.
Tweet itu viral hingga 244,000 orang like dan 44,000 orang retweet semula.
Ada yang berkongsi gambar tayar sebenar yang tercucuk paku yang sepatutnya dihantar kepada bos. 😂
Selain itu, seorang pengguna Twitter menasihatkan jika bos anda bijak dengan guna iPhone, jika dia menyimpan gambar itu ia akan menunjukkan tarikh dan masa sebnar dalam gambar berkenaan.
Hehehe, hati-hati kitak orang bila nak beri alasan terlambat datang kerja ye😁 Baik mengaku sapa pernah bohong sunat mcm tok?