Buruh maut. kemalangan kendiri
SIBU: Seorang pekerja buruh maut jalan Rantau Panjang, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Linker Sadin berusia 30 tahun.
Kemalangan dipercayai berlaku empat jam selepas mangsa ditemui dalam kereta jenis Proton Saga yang terdampar di bahu jalan sekitar 9.30 pagi.
Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri ketika dalam perjalanan dari Durin ke rumah Rantau Panjang.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh konkrit culvert yang berada di kanan jalan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.