Pantai Damai FC Juara Piala Abang Jo 2019


KEJAYAAN ini, berjaya menebus kegagalan tahun lalu. Demikian kata Ketua jurulatih PDFC, Samsul Napiah yang bangga selepas pasukannya menjulang Piala Abang Jo 2019 selepas menundukkan 3 Lions Rakan Cop menerusi jaringan 3-1 pada aksi final di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Dengan kemenangan itu, Pantai Damai FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, trofi dan medal.

Beliau berasa gembira dengan kecemerlangan yang ditunjukkan semua pemain sehingga muncul juara meskipun berhadapan laluan getir.

"Ia adalah hasil kerja keras semua pemain bagi menebus kegagalan muncul juara K-League LSC Musim 2019," katanya.

3 Lions Rakan Cop pula meraih wang tunai berjumlah RM3,000, trofi dan medal.

Sementara Yayasan Sarawak dan Kasika CF yang berkongsi tempat ketiga masing-masing menerima RM1,000, trofi dan medal.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Samsul berkata, kesemua pemain menunjukkan semangat juang tinggi hilang fokus pada separuh masa pertama.

"Separuh masa kedua menyaksikan kesemua pemain membaiki kesilapan dan menyerang kubu lawan habis-habisan," ujarnya.

Sementara itu, penyerang Kasika CF, Paul Sambang dinobatkan Panjaring Terbanyak liga untuk membawa pulang baucar barangan LSC berjumlah RM200.

Manakala hadiah sama diterima Mohd Alauddin dari pasukan KDFA U19 selepas dinobat Pemain Muda Harapan.

KDFA U19 turut membawa pulang anugerah tambahan selepas merangkul Anugerah Fairplay.

Manakala anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir menjadi milik Hafiz. 

Gol Pantai Damai Fc dijaringkan kapten, Mohammad Hafiz Abu Bakar pada minit ke-7 diikuti ketujuh , pemain 3 Lions Rakan Cop, Mohd Muizzudin Muqri Mazalan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-37 dan Wan Badzreen Wan Yusuf minit ke-72. 

Gol 3 Lions Rakan Cop dijaringkan Iqmal Mustaqkim Kamrodin pada minit ke-45 (+2).

Turut hadir Presiden Persatuan Bahagian Kuching (KDFA) Fazzrudin Abdul Rahman.
LihatTutupKomentar
Cancel