30,000 topeng muka kepada murid di Stampin

KUCHING, 31 Jan: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin akan mengagihkan keseluruhannya sebanyak 30,000 topeng muka kepada murid semua sekolah rendah di kawasan terbabit bermula hari ini.

Ahli Parlimen Stampin dan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata ini berikutan murid sekolah rendah antara kumpulan berisiko menghidapi penyakit Wuhan Koronavirus yang sedang merebak ke seluruh dunia.

"Kami menanggarkan sebanyak 30,000 topeng muka (mencukupi bagi semua murid sekolah rendah di Parlimen Stampin) dan sudah memesan sebanyak 30,000 (topeng muka) serta kami akan melihat samada ini mencukupi,"katanya selepas menagihkan topeng muka terbabit di SJK (C) Chung Hua Stapok, Batu Kawa, di sini, hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata pihaknya akan memesan lebih banyak lagi bekalan topeng muka sekiranya bekalan yang sudah dipesan terbabit tidak mencukupi.

Pihaknya selepas ini akan mendapatkan senarai semua sekolah rendah di Parlimen Stampin dari Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada sekolah itu yang tercicir dari menerima bekalan topeng muka terbabit.

"Sudah tentu bukan hanya sekolah rendah aliran cina (menerima topeng muka terbabit) tetapi semua sekolah rendah termasuk sekolah mubaligh dan sekolah kerajaan. Ini kerana virus tidak mengenal warna (kulit) atau agama,"katanya.

Katanya jumlah topeng diberikan ke setiap sekolah rendah pula berdasarkan bilangan murid dengan beliau hari ini menagihkan sebanyak 950 topeng muka kepada SJK (C) Chung Hua Stapok, SJK (C) Chung Hua Syn San Too (450 topeng muka) dan SJK (C) Chung Hua Batu Kawa (450 topeng muka).

"Sudah tentu topeng muka ini tidak mencukupi ( bagi setiap murid), tetyapi yang lebih penting ini adalah program kesedaran tentang kebersihan diri dan cara mengelakkan penyebaran wabak Koronavirus (kepada murid sekolah),"katanya.

Beliau berkata Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii juga sudah mula menagihkan bekalan topeng muka ke sekolah rendah di kawasan diwakilinya dan berharap bukan sahaja wakil rakyat DAP, tetapi semua wakil rakyat di negeri ini melakukannya.

keterangan gambar:

1. Chong Chieng Jen ( dua dari kanan) menyampaikan bekalan topeng muka kepada wakil guru SJK (C) Chung Hua Stapok bagi diagihkan kepada murid sekolah itu.

2. Chong Chieng Jen ( kanan ) menunjukkan pemakaian topeng muka yang betul kepada murid selepas menagihkan topeng itu kepada SJK (C) Chung Hua Stapok.
LihatTutupKomentar
Cancel