Sarawak United tewas lagi

Sarawak United kecundang buat kali ketiga. Terbaru tewas kepada pasukan Perak II FA 4-1 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi,

Ia dalah kekalahan ketiga buat SUFC 1 selepas dibelasah PDRM 5-0.

Sebelum ini pasukan yang kini dikendali penolong jurulatih, Safri Amit tewas 2-1 kepada Kuala Lumpur.

Sarawak United digembur-gemburkan menampilkan pemain bertaraf bintang menentang Perak II yang hanya pasukan bertaraf pasukan simpanan.

Dalam aksi malam tadi, Sarawak United dilihat masih mencari rentak dan penyesuaian serta sentuhan di barisan serangan masih tumoul.

Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahya dan S. Chanturu gagal menemui sentuhan penyudah sebenar.

Apapun, peminat bola sepak tempatan masih berpuas hati kerana ia sebagai perlawanan pemanas badan sebelum perlawanan sebenar.
LihatTutupKomentar
Cancel