Tabiat pelik makan rambut, 500 gram rambut dalam perut



TAMIL NADU (India): Sanggup makan rambut sendiri. Demikian tabiat pelik seorang remaja berusia 13 tahun dari selatan India yang gemar makan rambut apabila menghadapi tekanan.
Sikap ganjil remaja wanita tersebut mengundang padah apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang gumpalan rambut yang tersekat di dalam perut.

Dalam pembedahan Selasa lalu, doktor di VGM Gastro Centre di Coimbatore berjaya mengeluarkan gumpalan rambut seberat setengah kilogram.
Gulfnews melaporkan remaja perempuan terbabit mengalami trauma hingga menyebabkan dia makan rambutnya.

Pakar gastroenterologi di hospital terbabit, Gokul Kripa Shankar berkata, mereka mengeluarkan kira-kira 500 gram rambut dari perut remaja itu.
“Kami jumpa gumpalan rambut bersaiz besar itu selepas melakukan prosedur endoskopi,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel