35 tahun huni penjara kerana merompak

KUCHING: Sudah jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib seorang banduan yang menerima hukuman tambahan penjara selama 10 tahun dan dua sebatan setelah didapati melakukan kes rompakan.

Mohd Nur Affizul dari Kampung Tupong Tengah berusia 26 tahun tersebut, sebelum ini sedang menjalani hukuman 25 tahun penjara dan 13 sebatan atas kelakuan yang sama.

Tertuduh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 392 di baca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Pada 24 April lalu, tertuduh melakukan tompakan terhadap seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai yang beroperasi 24 jam di Jalan Matang menggunakan sebilah pisau.
LihatTutupKomentar
Cancel