5 salah guna visa, pusat hiburan diserbu

MIRI: Seramai 16 diperiksa dalam serbuan ke atas pusat hiburan yang menjalankan operasi selepas waktu yang dibenarkan.

Pemilik pusat hiburan melakukan kesalahan beroperasi lebih masa iaitu lebih dari jam 2 pagi selepas serbuan dilakukan pada jam 3 pagi.

Lima wanita warga asing yang ditahan daripada 16 permeriksaan ke atas individu di pusat hiburan berkenaan.

Warga asing berkenaan didapati melakukan kesalahan akta imigresen iaitu salah guna visa lawatan serta terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001, Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, dalam kenyataannya berkata, berdasarkan pemeriksaan premis pusat hiburan di Jalan South Yu Seng tersebut melakukan beberapa kesalahan.
LihatTutupKomentar
Cancel