Remaja ditahan buang bayi dalam longkang


KUCHING: Seorang remaja ditahan dipercayai membuang bayi perempuan di dalam longkang ditahan.

Suspek berusia 19 tahun yang merupakan ibu bayi berkenaan ditahan dan kini masih dirawat Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan wanita berkenaan datang sendiri ke HUS kerana mengalami pendarahan namun menafikan melahirkan bayi. 

Terdahulu, penduduk di kawasan Bandar Baru Samariang petang tadi digemparkan dengan penemuan mayat bayi perempuan dalam longkang.

Mayat bayi itu dijumpai orang awam sekitar jam kira-kira 6 petang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai mengesahkan penemuan bayi perempuan tersebut.  

Mayat bayi berkenaan dibawa ke HUS untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes masih dalam siasatan.


Foto bayi: Hiasan
LihatTutupKomentar
Cancel