6 jam bertarung nyawa,penunggang motosikal maut


Ilustrasi 

SARATOK : Selepas enam jam bertarung nyawa seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya diJalan Kabong, Roban, roban pagi tadi meninggal dunia.

Sylvester Anak Kuchun, 32 dari Rumah Luchun Jabey, dilaporkan meninggal dunia jam 1 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sarikei akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superitendan Polis (DSP) Mordani Tanin berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi
motosikal jenis Demak yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Mangsa merempuh sebuah kereta Proton Saga yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"Pemandu kereta Proton Saga dipercayai cuba mengelak ke kiri tetapi tidak sempat dan menyebabkan berlaku kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemandu kereta berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel