8,505 sudah pohon Kenyalang Gold Card


KUCHING, 14 Jan: Keseluruhannya seramai 8,505 penduduk negeri ini yang berusia 60 tahun keatas sudah memohon mendapatkan Kenyalang Gold Card (KGC) sehingga hari ini.

Ini berdasarkan statistik Kementerian Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dengan terbanyak setakat hari ini ialah dari Kuching dengan sebanyak 3,010 permohonan diikuti Sibu (1,641 permohonan) dan Miri (873 permohonan).

Manakala Serian (67 permohonan), Samarahan (68 permohonan), Sri Aman (378 permohonan), Betong (295 permohonan), Sarikei (686 permohonan), Kapit (282 permohonan), Mukah (241 permohonan), Bintulu (583 permohonan) dan Limbang (381 permohonan).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah sehubungan itu mengalukan lebih ramai menjadi rakan strategik yang menyediakan potongan harga dan rebat bagi pemegang kad itu.

"Sebelum ini ada 24 (rakan strategik KGC) hari ini sudah mencecah 31, mereka adalah dari kedai runcit kecil sehinggalah pemain besar dalam peruncitan,"katanya pada sidang media mengenai KGC di majlis penyampaian geran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) kepada empat pertubuhan bukan kerajaan( NGO) dan penyerahan borang permohonan KGC kepada Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.

Fatimah berkata rakan strategik terbabit juga terdiri hospital swasta, pusat beli belah dan juga perpustakaan di seluruh negeri ini.

Beliau berharap mana-mana pihak yang mahu mengadakan acara atau membuka kaunter bagi membantu warga emas di negeri ini memohon kad terbabit supaya terlebih dahulu memaklumkan pihaknya. 

Katanya ketika ini pihak berkuasa tempatan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sedang giat membantu pihaknya memohon kad terbabit samada membuka kaunter  atau mengadakan acara bagi membuat permohonan terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan kad itu selepas satu simposium keusahawnan anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sejingkat, di sini, 7 Mac depan.

Syarat pemohon KGC ialah warganegara Malaysia, pemegang kad pengenalan berstatus "K", ataupun kalau bukan "K", mereka adalah penduduk tetap serta dari segi umur berusia 60 tahun dan keatas mulai 1 Januari 2020.

Manakala borang permohonan kad itu boleh diperolehi di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), pejabat residen , pejabat daerah dan pejabat daerah kecil seluruh Sarawak dan percuma, boleh disalin serta ada juga secara atas talian.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Sri Fatimah Abdullah (duduk tiga dari kanan) mengadakan sidang media mengenai KGC di majlis penyampaian geran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak kepada empat NGO dan penyerahan borang permohonan KGC kepada Datuk Bandar MBKS, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel