Abang Jo rasmi Program Rindok Digital
SIMUNJAN : Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg pagi tadi hadir merasmikan Rindok Digital yang berlangsung di perkarangan Dewan Mesra Simunjan.
Beliau hadir kira-kira jam 10.10 pagi tadi dan diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta dif-dif kenamaan yang lain.
Lebih 1,000 penduduk sekitar kawasan Simunjan hadir memeriahkan acara ini.
Program Rindok Digital merupakan program yang dianjurkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat luar bandar khususnya berkenaan pentingnya penggunan teknologi digital dalam kehidupan seharian.
Selain itu juga ia dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat setempat sekaligus akan mencapai agenda kerajaan Sarawak iaitu kearah negeri termaju di Malaysia menjelang tahun 2030.