Tikam anak dengan pisau daging

KUCHING:Tergamak menikam anak dengan pisau daging mengundang padah. 

Seorang penganggur dipenjara dua tahun dan dua sebatan Mahkamah Sesyen semalam. 

Tertuduh Alias Razali, 42, menyerang mangsa setelah berlaku perselisihan faham dengan anaknya Mohamad Adzhim Mawarig pada 4 Januari lalu.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu cedera di bahagian kiri dada akibat tikaman senjata dan segera mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sebelum membuat laporan polis.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhi hukuman lebih ringan kerana perlu menjaga isterinya yang tidak sihat serta menyara anak-anaknya yang lain.
LihatTutupKomentar
Cancel