Adik ipar YB Kalaka maut

 

SEBUYAU: Seorang wanita maut dalam kemalangan ngeri melibatkan kenderaan Toyota FJ Cruiser dengan lori 10 tan di Jalan Sebangan Sebuyau hari ini.

Mangsa maut dipercayai adik ipar kepada Adun Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz. 

Kenderaan Toyota yang turut dinaiki isteri Adun Kalaka tersebut bertembung dengan sebuah lori di salah satu selekoh.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, dalam kejadian itu, Fatimah Zainudin cedera ringan, manakala seorang lagi penumpang dikenali sebagai Kartanah Firdaus, cedera parah. 

"Kejadian itu turut meragut nyawa seorang wanita, dan menyebabkan seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu. Identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pemandu lori tidak mengalami kecederaan serius.

Info awal daripada Pusat Gerakan Bomba Negeri Sarawak memaklumkan pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan pada jam 11. 48 pagi.

Mangsa yang tersepit iaitu pemandu, seorang lelaki dipercayai anak Adun Kalaka di tempat duduk pemandu. 

Manakala penumpang yang lain berjaya dikeluarkan. 

Bomba menerima panggilan jam 11.48 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kuching ke Kabong.
LihatTutupKomentar
Cancel