Sarawak perkenalkan Gold Card


KUCHING, 14 Jan: Kerajaan Sarawak akan melancarkan Kenyalang Gold Card (KGC) yang membolehkan warga emas Sarawak mendapat potongan harga bagi membeli barang dan mengunakan perkhidmatan dari peniaga di negeri ini pada 7 Mac hadapan.

Menteri Kebajikan , Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan kad itu selepas satu simposium keusahawnan anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sejingkat, di sini.

"Tetapi ini bukan bermakna (KGC) belum lagi boleh dipohon (warga emas di Sarawak), mereka sudah boleh memohonnya dan tidak perlu menunggu hari pelancaran rasminya,"katanya ketika mengadakan sidang media mengenai KGC di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Fatimah berkata syarat pemohon KGC ialah warganegara Malaysia, pemegang kad pengenalan berstatus "K", ataupun kalau bukan "K", mereka adalah penduduk tetap serta dari segi umur berusia 60 tahun dan keatas mulai 1 Januari 2020.

Manakala borang permohonan kad itu boleh diperolehi di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), pejabat residen , pejabat daerah dan pejabat daerah kecil seluruh Sarawak dan percuma, boleh disalin serta ada juga secara atas talian.

"Borang kemudian akan dihantar ke ibupejabat JKMNS dan setelah diterima, kakitangan kita akan semak dan masukkan daftarnya dalam sistem, kemudian pegawai JKMNS akan meluluskannya dan kad akan dicetak,"katanya.

Fatimah berkata pemohon boleh menuntut kad KGC mereka selepas 30 selepas diluluskan dengan mereka juga akan dimaklumkan melalui telefon dan juga email dan lebih cepat lain sekiranya permohonan itu dari kawasan bandar.

Beliau berkata selain potongan harga dan rebat, waris bagi pemegang kad terbabit yang layak juga akan menerima bantuan khairat kematian berjumlah RM3,000.
tamat

keterangan gambar:

1.Dato Sri Fatimah Abdullah ( empat dari kiri) dan warga kementeriannya menunjukkan Kenyalang Gold Card selepas mengadakan sidang media mengenai kad terbabit di Pustaka Negeri Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel