Agro Bank komited bantu Kerajaan Sarawak
KUCHING: Agro Bank terus komited untuk membantu kerajaan Sarawak untuk melaksanakan dalam semua industri termasuk golongan-golongan sasar 40.
Ketua Pegawai Operasi Agro Bank, Zahid Ahmad Zawawi berkata, sehubungan itu, pihaknya akan memberikan pembiayaan mikro kepada semua rakyat di Sarawak.
Beliau berkata, Ketua Menteri turut memaklumkan mengenai peluang dan inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri untuk lima tahun akan datang di mana katanya dan Agro Bank akan terus membantu dan bersama-sama dengan kerajaan Sarawak.
Menurutnya, beberapa kerjasama dengan kerajaan Sarawak telah dilaksanakan di mana satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan negeri akan diadakan.
“Komitmen kami kepada kerajaan negeri juga adalah bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua komuniti sama ada komersial, korporat dan juga mikro, komuniti-komuniti pertanian dan juga golongan Asnaf,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek Pembayaran Zakat Perniagaan Agro Bank berjumlah RM399, 000.00 kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Agro Bank dan Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Petronesa Sdn Bhd telah disempurnakan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg selaku wakil Tabung Baitulmal di mana majlis telah berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.
Pembayaran Zakat Perniagaan daripada pihak Petronesa adalah sebanyak RM466, 500.00 sahaja.
