Anwar sahkan tiada dalam senarai
SERI KEMBANGAN: Saya tiada dalam senarai.
Demikian kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung spekulasi lantikan Menteri Pendidikan baharu menggantikan Dr Maszle Malik.
Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 3 Januari selepas menjawat jawatan itu selama 20 bulan.
Jawatan itu sehingga kini masih belum diisi.
Anwar berkata, pelantikan menteri adalah prerogatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan perbincangan mengenai pengisian jawatan Menteri Pendidikan oleh pemimpin Pakatan Harapan hanya akan diadakan jika ada keperluan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Tamil di Selangor untuk tahun 2016-2019, di sini.