Tidak serik, gelanggang sabung ayam diserbu kali ketiga

SIBU: Ini masuk ketiga gelanggang sabung ayam ini serbu, dua kali pada tahun lepas.
Malah suedah 23 telah disumbat ke mahkamah kerana aktiviti menyabung ayam.
Demikian kata, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit di Sibu pada sidang media. 

Serbuan terbaru di Pulau Kerto, petang Sabtu lalu menahan 47 lelaki dipercayai terlibat menjalankan aktiviti perjudian sabung ayam.
Menurut Stanley, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Terhadap Binatang 1960 (Sabung Ayam).

Katanya, hasil serbuan berjaya merampas tujuh ekor ayam sabung, 82 bilah taji, wang tunai sebanyak RM6,974, 17 set daun terup dan sebagainya.

Serbuan kali ini diketuai Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu DSP Frediel Nyambong bersama 33 anggota.
LihatTutupKomentar
Cancel