Bayi ditinggalkan di hentian bas


KUALA PILAH: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah perhentian bas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh, di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani dalam kenyataan berkata penemuan bayi berkenaan yang cukup sifat dimaklumkan orang awam pada pukul 10.20 pagi. 

Beliau berkata bayi yang dibalut dengan kain pelekat itu ditemui dalam sebuah beg plastik dan berdasarkan pemerhatian bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Katanya bayi itu dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.

"Kita juga sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak berumur bawah 12 tahun," katanya.
-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel