Dua kemalangan di jalan Bintulu - Miri
BINTULU: Dua mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian kemalangan di KM30, Bintulu - Miri awal pagi tadi.
Seorang mangsa yang cedera parah telah dibawa oleh pihak ambulans hospital dan seorang lagi mangsa dibawa oleh jentera emrs bomba mengalami patah kaki.
Jurucakap bomba berkata, kejadian melibatkan kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan kereta jenis Proton Saga FLX berwarna kelabu.
"Bomba menerima panggikan pada jam kira-kira 4 pagi. Tiga mangsa terlibat, seorang cedera ringan dan dua lagi mengalami cedera parah.
"Tiada operasi dijalankan oleh pihak bomba kerana kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam. Pihak bomba (EMRS) cuma merawat mangsa yang tercedera dan membantu mengangkat mangsa ke pengusung," katanya.
Beliau berkata, dalam perjalanan ke hospital pihak bomba (EMRS) terserempak dengan satu lagi kemalangan jalan raya kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Innova.
Menurutnya, kemalangan melibatkan enam mangsa, empat wanita, dua kanak-kanak lelaki.
"Tiada operasi dilakukan oleh pihak EMRS kerana mangsa telah keluar dengan sendiri, terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan emrs hanya membuat rawatan awal bagi menunggu kedatangan pihak Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.
"Setelah memastikan keadaan selamat pasukan emrs ke hospital untuk menghantar tiga mangsa kemalangan termasuk kemalangan pertama, iaitu seorang mangsa lelaki kemalangan pertama dan dua mangsa lelaki kanak-kanak dari kemalangan kedua," katanya.