Bomba tangkap ular cincin emas dalam bilik tidur
SONG: Seekor ular cincin emas ditangkap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song semasa sedang berehat di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Rumah Sulau Jalan, Takan Kebiau Song, semalam.
Pemangku Penyelia Pasukan BBP Song Abang Fadzil Abang Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu mengenai penemuan ular itu pada jam 10.16 malam.
“Apabila tiba ditempat kejadian, pengadu melaporkan ada seekor ular berada di dalam bilik tidur.”
“Kita mengambil masa kira-kira 18 minit untuk mencari dan menangkap ular itu menggunakan peralatan khas dipanggil penjerut ular.
Reptilia itu kemudian dilepaskan ke habitat asal.