Long Loyang Tinjar banjir

TINJAR: Beberapa kawasan kampung di Long Loyang Tinjar masih ditenggelami air pada paras dua kaki, namun belum ada sebarang pemindahan penduduk dibuat sehingga pagi ini.
Pemantauan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi memberitahu, semua kawasan kampung dibanjiri air namun keadaan banjir masih terkawal.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, tinjauan mendapati cuaca mendung dan trend air menaik.
“Penduduk dinasihatkan bertindak untuk berpindah sekiranya berlaku hujan lebat berterusan dan air naik.”
Beliau juga mengarahkan penduduk di kawasan terjejas banjir meningkatkan aspek keselamatan setiap masa untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini.


LihatTutupKomentar
Cancel