Rakyat sudah dewasa - Alamin

BEAUFORT: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, menyifatkan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sebagai gambaran kedewasaan rakyat dalam membuat keputusan.

Beliau berkata, rakyat menterjemahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan berikutan pelbagai isu yang membelenggu ketika ini.

“Ini adalah kejayaan bersama, bukan kejayaan saya secara peribadi. Ia menampakkan kedewasaan rakyat dalam membuat keputusan dalam pelbagai isu," katanya di sini, malam tadi.

Sejajar kemenangan itu, beliau akan turun bersama rakyat untuk mengesan dan menyuarakan isu berkaitan rakyat di Kimanis dan Sabah secara keseluruhannya.

“Ini keutamaan saya kerana ia menampakkan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada lawannya daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, kerana menampakkan kematangan berpolitik sepanjang kempen.

"Kita sering terserempak dan bersemuka dengan suasana mesra,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel