Bukan serai belakang rumah...



Isu penggunaan penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital menjadi perhatian netizen.

Malah ada yang mengecam, memandang sinis, memperli, bergurau di laman sosial dan ketawa serta menyokong dengan idea tersebut dari s dut positif.
Sunny Tribe perkongsian dalam facebook berkata, straw serai yang dimaksudkan, bukan serai belakang rumah yang digunakan untuk memasak.

Katanya, serai tersebut sudah lama digunakan negara Vietnam iaitu dari bahan organik.
"Yang menteri pun satu... len kali, tunjuk contoh produk, bagi penerangan lengkap... presentation mahu betul,,, bukan ambik serai mentah2 tu letak dakam gelas... baru steady... zaman sekarang ni kena detail semuanya, jgn bg salah faham, baru la bijak.

Moral of the story, kaji n study dlu sebelum kecam n gelakkan idea orang,, nak berpolitik pun biar bijak sikit lah, baru steady benda baik kita support, benda salah tetap salah... 

Eddie Fauzi dalam ruang komen berkata, Yg aku tau, greenjoy gass straw tu dia mcm sejenis rumput. Bukan serai yg kita dok pakai ni la, dan yang budak2 sekolah tu buat pakai daun serai, bukan batang serai. Jenuh sedut kalau pakai serai lemon grass tu wei?

Ku Sharikwati Ku Bakar berkata, Aku mati2 serai yang dok masak tu depa nk buat buat straw. Dok pikiaq jgk... celah mna ayaq nk naik bila hisap sbb lubang pun... 
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator cberkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
Beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

"Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.
"Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," katanya.
Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

"Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel