Geng Awik ceroboh 15 rumah


BINTULU: Geng Awik yang dipercayai terlibat dalam 15 kes pecah rumah tumpas.

Lima anggota kumpulan yang baharu diwujudkan kurang sebelum tersebut ditahan sekitar kawasan Batu 8, Jalan Miri - Bintulu semalam.

Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 29 tahun.

Semasa dicekup barang dirampas ialah dua laras senapang angin, dua biji guli dan seutas jam tangan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memilik senjata api. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, tangkapan lima suspek sekali gus berjaya menyelsaikan 15 kes pecah rumah dan curi di Kampung Lambut, Lusut dan Taman Tunku. 

Tegasnya, polis kini memburu rakan subahat lain.

Selain itu katanya, hasil siasatan suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
LihatTutupKomentar
Cancel