Cemas lantai rumah runtuh
MUKAH: Sebuah keluarga di Kampung Talian Laut, Sungai Pegai, Mukah, berdepan detik cemas apabila lantai kediaman mereka runtuh.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.53 petang.
"Setibanya di tempat kejadian didapati
lantai rumah runtuh di bahagian bilik mandi dan dapur rumah.
"Runtuhan berlaku pada jam 6.30 pagi kerana salah satu bahagian tiang rumah tersebut telah patah,"katanya di sini hari ini.
Katanya, rumah berkenaan didiami 7 orang ahli keluarga.
"Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,"ujarnya.