Denda RM100,000 jika jual topeng mahal


KUCHING: Pemeriksaan penjualan topeng diperhebatkan bagi mengelak dijual dengan harga melampau. 

Sehubungan itu, seramai 2,300 pegawai penguat kuasa di seluruh negara dikerah untuk memantau harga topeng diseluruh negara sejak 25 Januari lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, sebanyak 3,101 premis diperiksa yang merangkumi topeng muka di Sarawak.

Menurutnya, sebanyak 10 aduan berkaitan kenaikan harga topeng muka namun
tiada sebarang notis atau denda dikeluarkan kerana peniaga terlibat tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan mendapati para peniaga mematahui harga maksimum topeng muka yang ditetapkan. 

"Kementerian bertindak tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah di bawah AKta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau berkata, individu yang didapati bersalah melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011
mengenai penjualan topeng muka boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Menurutnya, syarikat pula akan didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
LihatTutupKomentar
Cancel