Diesel, petrol bernilai RM259,458 dirampas
BINTULU: Sebanyak 25,400 liter minyak diesel dan 1,200 liter petrol bernilai RM259,458 yang disimpan tanpa permit sah di dalam tangki dirampas di sebuah gudang Jalan Bintulu-Miri.
Minyak diesel dan petrol terbabit dijual kepada ladang-ladang sawit sekitar Bintulu.
Ketika serbuan dilakukan pasukan dari Cawangan Risik BN 12 PGA Miri, dua individu pemandu lori dan penjaga stor berada di premis berkenaan.
Ketua Cawangan Ketua Cawangan PPDNKK Bahagian Bintulu, Nazari Hassan berkata, serbuan jam 10 pagi tersebut merampas sebuah lori tangki yang dipercayai digunakan untuk memindahkan minyak diesel dan petrol.
Kesemua barangan rampasan termasuk peralatan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna Cawangan Bintulu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.