Sembunyi RM132,640 rokok seludup dalam kereta


LUNDU: Rokok seludup bernilai RM132,640 dirampas dalam serbuan di kawasan Penjaja Gading semalam.

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana mengaku sebagai pemilik dua buah kereta yang tersimpan rokok seludup tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Supt Rosdi Inai berkata, kesemua rokok diseludup daripada negara jiran untuk dipasarkan ke pasaran tempatan.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai sebanyak 416 kotak rokok jenis kretek putih disembunyikan  dalam dua kereta tersebut.

"Operasi serbuan dijalankan pada 3.30 petang hasil risikan," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
LihatTutupKomentar
Cancel