Dua cedera terlibat kemalangan kendiri

KAPIT: Dua lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (single cab) yang membawa muatan sayur terlibat kemalangan kendiri lalu terbabas di tepi jalan di Jalan Song Kapit, awal pagi tadi.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 7.01 pagi tadi, mangsa Meliyu Empawi, 58, cedera dan terperangkap dalam kereta manakala Micheal Dimus William, 26, cedera ringan dan keluar sendiri dari kenderaan.

Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kenderaan tersebut yang dinaiki dua orang pekerja dalam perjalanan menuju ke Kapit dengan muatan sayur. 

Ketika kemalangan, penumpang berjaya keluar sendiri manakala pemandu masih tersepit ketika pihak Bomba sampai.
Pihak Bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan perlalatan khas dan diberi rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital Kapit menggunakan EMRS dan Ambulans.

Operasi tamat sepenunhya pada jam 7.45 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel