Nurul Izzah tutup mulut

KUCHING, 19 Jan: Ahli Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengelak memberikan ulasannya mengenai Pilihan Raya Kecil Kimanis di Sabah yang telah dimenangi Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, tiada ada yang lebih penting di negara ini selain mementingkan kesihatan dan isu pendidikan. Jadi saya disini hanya kerana tujuan ini dan amat teruja untuk fokus kepada dua aspek ini ," katanya ketika ditanya pemberita mengenai keputusan pilihanraya kecil itu selepas merasmikan Program Projek Revolusi Penyaringan Penghapusan Kanser Serviks (ROSE) di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau juga mengelak menjawab samada enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pilihanraya kecil terbabit ketika ini.


"Terima kasih, dan adalah amat baik kamu menyokong wanita,"katanya.

BN mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam dengan majoriti 2,029 undi.

Mohamad menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu.
tamat

keterangan gambar:

1.Nurul Izzah Anwar (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan wanita yang menyertai Program ROSE di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, di sini, hari ini.

2.Nurul Izzah Anwar (dua dari kanan) menerima cenderahati dari Penasihat Khas (Hal Ehwal Sarawak) bukan eksekutif di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Hajah Hafsah Harun di Program ROSE di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel