Nabila Huda... umai dan ulat mulung



Gambar gambar santai Nabila Huda di Instagram beliau begitu mengujakan para peminat seniwati sensasi itu. 

Sarawak destinasi pelancongan yang unik bagi pelakon terkenal, Nabila Huda.
Kehadiran anak kepada penyanyi legenda Rock, Amy Search tersebut mengejutkan pengunjung sekitar Mukah sejak semalam.
Kehadirannya di pasar Mukah mencuit pengunjung... Malah rakaman gambar menerusi laman sosial, Istragramnya mengambarkan pelakon tersebut amat sinonim dengan suasana kehidupan masyarakat Sarawak.
Malah pelakon sensasi tersebut dilihat memakan umai iaitu makanan tradisional masyarakat kaum Melanau Mukah.

Dalam coretannya dalam Instagram dengan beberapa gambar, "Jalan-jalan kampung Melanau naik sampan... what a beautiful day in Mukah! I love my life..." 

Pelakon terkenal ini juga dilihat melawat Muzium Tradisional Masyarakat Melanau, Lamin Dana dan monumen bersejarah Jerunei yang terletak di Kampung Tellian Mukah.

Selain itu, Nabila turut berkesempatan menaiki bot menyusuri sungai Kampung Tellian dan sempat bergambar bersama-sama penduduk kampung yang ditemui, dengan penuh mesra.

Difahamkan kehadiran beliau ke sekitar Sarawak itu turut ditemani oleh krew dari Sarawak Tourism Board yang turut bersama-sama beliau dalam merakamkan detik indah di bumi kenyalang ini.

Dalam Instragramnnya, difahamkan Nabila kembali Ke Kuala Lumpur dan kembali ke Sarawak beberapa hari kemudian.

"Ok, abil nak balik KL malam ni ada recording... pastu lusa pagi datang balik Sarawak sambung my journey...
LihatTutupKomentar
Cancel