Dua hari rampas rokok seludup RM3.7 juta

KUCHING: Rokok seludup bernilai RM3.7 juta dirampas dalam tiga kes serbuan dalam tempoh dua hari.

Rampasan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dengan kerjasama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata, tangkapan terbaru melibatkan sebuah rumah di Sarikei  hari ini iaitu 2,300 karton rokok putih seludup bernilai RM529,000 dan 1,920 karton rokok keretek bernilai RM480,000.

Menurutnya, pihaknya juga melakukan serbuan sebuah rumah teres dua tingkat di Tabuan Jaya semalam. Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai 9,800 karton rokok putih dan keretek serta rampasan sebuah van.

"Kesemuanya kerana menyalahi undang-undang Akta Kastam 1967. Jadi nilai rampasan dalam kes ini ialah RM2.35 juta," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kes lain turut melibatkan serbuan di sebuah premis pekan Batu 10 dan merampas sebanyak 1,123 karton rokok seludup serta seebuah lori.


Menurutnya, nilai rampasan tersebut ialah sebanyak RM303,000 dan kesemua barang kes ini akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Padawan untuk siasatan lanjutan.

Katanya, hanya satu tangkapan telah buat iaitu dalam kes serbuan rumah di Tabuang Jaya dengan tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun.

"Kita percaya sindiket ini sudah beroperasi selama enam bulan hingga setahun," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel