'Atas nasihat Ayahanda Tun M,saya letak jawatan' - Maszlee

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.

Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

“Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Putrajaya, pada Khamis.
Sebelum itu timbul spekulasi berhubung peletakan jawatan beliau di media sosial sejurus selepas berita pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis timbul.
LihatTutupKomentar
Cancel