Dua lelaki dipenjara setahun dan denda RM1.46 juta seorang


Bintulu, 14 Januari: Dua lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda sebanyak RM 1.46 juta setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Bintulu setelah didapati bersalah kerana memiliki sebanyak 146 ekor binatang spesis terlindung iaitu tenggiling (Manis Javanica) yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 37(2)(b) dan 37(1) Wild Life Protection Ordinance, 1998.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh pertama Tan Choon How  dan tertuduh kedua Kelvin Por Seong Wooi di perairan Bintulu pada awal April 2018 dan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Bintulu sebelum diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak.

Keputusan dibuat selepas bicara penuh di hadapan Hakim Norhamizah binti Shaiffuddin. 
 Tertuduh pertama dan kedua berasal dari Pulau Pinang manakala tertuduh ketiga dan keempat iaitu warganegara India dan Vietnam didapati tidak bersalah dan dibebaskan. 

Hakim sebelum menjatuhkan hukuman berkata aktiviti penyeludupan hidupan liar adalah kesalahan serius dan berleluasa (rampant) di negeri ini dan Mahkamah Alam Sekitar (Environmental Court) akan mengenakan hukuman setimpal sebagai penghalang (deterrent) dan pengajaran untuk pesalah dan orang awam. 


Mengikut rekod, ini merupakan kes terbesar di negara ini mengikut bilangan rampasan tenggiling. 


Selain itu, sebuah kapal dan barang yang dirampas diperintah untuk dilupuskan (Disposal) di bawah Ordinan sama.


Timbalan Pendakwaraya Mohd Muhaimin Zakaria dan TPR Ronald Felix Hardin mewakili Jabatan Hutan Sarawak, manakala tertuduh pertama, kedua dan keempat diwakili oleh peguam Hii Chee Wung dan tertuduh ketiga diwakili peguam Muhammad Izayyeem Azim.


LihatTutupKomentar
Cancel