Harga bawang naik sebab polisi kerajaan India

KUCHING,17 Jan: India telah mengharamkan eksport bawang  mereka dan ini menyebabkan harga bawang merah dari negara terbabit telah meningkat di negara ini sejak beberapa bulan lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata demikian dan menjelaskan India telah mengharamkan eksport bawang kerana berlaku kekurangan bekalannya di pasaran domestik negara terbabit.

"Tapi bekalan bawang dari China, Pakistan dan negara lain masih stabil  dan harganya ada meningkat sedikit. Saya akan memberikan butiran itu selepas ini tetapi peningkatan dan  perubahan harga (bawang dari negara lain) itu tidaklah seperti bawang merah dari India,"katanya selepas bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengadakan sidang media mengenai Program e-Tunai Rakyat di pusat beli belah The Spring, di sini, malam ini.

Chong menjelaskan  peningkatan harga bawang dari negara lain adalah kesan dari kenaikan harga bawang merah dari India berikutan bawang adalah barang boleh diganti.

Manakala India tidak boleh dipaksa mengeksport kembali bawang merah mereka semata-mata bagi mengawal harga bawang di negara ini.

Sementara itu mengenai penguatkuasaan kementerian itu terhadap peniaga yang menaikkan harga bawang di negara ini, Chong berkata perkara itu bergantung dari mana peniaga memperolehi bekalan bawang terbabit.

"Pengguna juga masih mempunyai pilihan lain kerana bawang adalah barangan yang boleh digantikan,"katanya.
tamat

keterangan gambar:

1.Chong Chieng Jen (duduk tiga dari kiri) bersama Lim Guan Eng mengadakan sidang media mengenai Program e-Tunai Rakyat di pusat beli belah The Spring, di sini, malam ini.
LihatTutupKomentar
Cancel