Iklan 'Iboh Tunggu Lamak Gilak'

KUCHING: Tular iklan bahasa Sarawak menerusi laman sosial, facebook syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Promosi oleh syarikat tambang murah tersebut mendapat perhatian netizen terutama rakyat Sarawak.

Iklan yang berbunyi "Iboh Tunggu Lamak Gilak. Book now till 12 Jan 2020" turut dikongsikan netizen.

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak sedang giat mempromosi jenama Sarawak untuk dipromosi dalam pesawat Air Asia.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sebanyak lima pesawat AirAsia membawa jenama Sarawak untuk dipromosikan di enam negara Asia dan Indochina bagi tempoh setahun.

Katanya, Sarawak akan terus menjalinkan kerjasama strategik demi memastikan negeri ini menjadi destinasi pilihan utama di rantau ini.
LihatTutupKomentar
Cancel