Rumah judi holo dikepung

KUCHING: Polis mengepung 'port holo' sebuah rumah rumah di Kampung Tijirak, Siburan.

Tujuh kaki judi yang sedang leka bermain judi holo dicekup dalam swerbuan kira-kira 11.40 malam Isnin lalu.

Mereka yang ditajhan berusia23 hingga 62 tahun.

Kesemua suspek yang juga penduduk tempatan telah ditahan di Balai Polis Siburan dan dibawa ke Mahkamah Kuching pada 4 Februari depan.

Beberapa barang dirampas seperti kain putih, sebuah kong, tiga biji dadu dan wang tunai sebanyak RM170.
Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Padawan Supt Aidil Bolhassan mengesahkan tangkapan.
LihatTutupKomentar
Cancel