Influenza pembunuh senyap?
KUCHING: Sakit sebab influenza?
Jika Ya, jadilah seorang pesakit yang cakna dan bertanggungjawab
Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema, merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza).
Pada manusia, antara gejala umum termasuk demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan.
Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.
Virus influenza D
Ia merupakan virus influenza terbaharu yang ditemui pada tahun 2016.
Virus-virus tersebut memiliki kaitan dengan virus parainfluenza manusia, yang merupakan virus RNA yang merupakan sebahagian daripada keluarga Paramyxoviridae yang merupakan penyebab umum jangkitan pernafasan pada anak, seperti krup (laringotrakeobronkitis), namun dapat juga menimbulkan penyakit yang serupa dengan influenza pada orang dewasa.
Virus influenza A
Genus ini memiliki satu spesies, virus influenza A. Burung akuatik liar merupakan hos umum untuk kebanyakan jenis influenza A.
Kadangkala, virus dapat ditularkan pada spesies lain dan dapat menimbulkan wabak berskala besar pada peternakan ayam domestik atau menimbulkan sebuah pandemik influenza manusia.
Virus jenis A merupakan patogen manusia paling mudarat dalam kalangan virus influenza dan menimbulkan penyakit yang paling teruk.
Virus influenza A dapat dibahagi kepada subdivisi berupa serotip berdasarkan tindak balas antibodi terhadap virus ini.
Serotip yang telah dikenal pasti wujud pada manusia, diurutkan berdasarkan jumlah kematian pandemik pada manusia.
Virus influenza B
Genus ini memiliki satu spesies, iaitu virus influenza B. influenza B hampir hanya menyerang manusia[6] dan lebih jarang berbanding dengan influenza A.
Haiwan lain yang diketahui dapat terinfeksi oleh infeksi influenza B adalah anjing laut dan feret.
Jenis influenza ini mengalami mutasi 2-3 kali lebih lambat dibandingkan jenis A dan oleh kerana keragaman genetiknya lebih sedikit, hanya terdapat satu serotip influenza B.
Oleh kerana tidak terdapat keragaman antigenik, beberapa tingkat keimunan terhadap influenza B biasanya diperoleh pada usia muda. Namun, mutasi yang terjadi pada virus influenza B cukup untuk membuat keimunan kekal menjadi mungkin.
Perubahan antigen yang lambat, bersama dengan jumlah hos yang terbatas (tidak memungkinkan perpindahan antigen antara spesies), membuat pandemik influenza B tidak dapat terjadi.
Virus influenza C
Genus ini memiliki satu spesies, virus influenza C, yang menyerang manusia, anjing, dan babi, kadangkala menimbulkan penyakit yang berat dan epidemik berskala tempatan.
Namun, influenza C lebih jarang terjadi dibandingkan dengan jenis lain dan biasanya hanya menimbulkan penyakit ringan pada anak-anak.