Program Jaga Sarawak, Intu Sarawak di Samarahan

KUCHING: Masyarakat di Samarahan dan sekitar Kuching dipelawa hadir di Program Sarawakku Sayang bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Januari 2020 di Dataran Terbuka bersebelahan Dewan Suarah Samarahan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg akan hadir dan merasmikannya.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya Pameran Pembangunan, Sarawak Kitchen, Pesta Durian dan Konsert Rakyat.

Lan, sama-sama kita meriahkan Program Sarawakku Sayang bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ khas untuk orang Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel